Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO umumkan bahawa penyakit cacar monyet atau nama Inggerisnya, 'Monkeypox' ditukar kepada mpox selepas nama lama dianggap bersifat perkauman dan menjadi stigma kepada golongan tertentu.<br /><br />Dalam satu kenyataan, WHO berkata, kedua-dua nama penyakit itu akan digunakan secara serentak selama setahun sementara perkataan 'Monkeypox' dihapuskan secara beransur-ansur.